Khamis, 28 September 2017
paeh ikan patin
Assalammualaikum dan selamat pagi . Siapa pernah cuba paeh ikan patin ? sekali cuba pasti nak lagi kan? jadi, saya akan kongsikan resepinya . selamat mencuba dan semoga berjaya !
Bahan-bahan :
1. Ikan Patin (seekor - Potong 2, belah kepala)
2. Tempoyak (6-10 sudu penuh - suka banyak lebihkan)
3. Kunyit hidup (1 inci)/ serbuk kunyit (sesudu teh)
4. Cili api paling pedas (6-8 biji)
5. Daun kesum (segenggam)
6. Garam (secubit sedap)
7. Aluminium foil (sebanyak secukup nak balut semua ikan)
Cara-cara :
1. Cuci ikan patin dengan asam jawa (buang hanyir)
2. Blend tempoyak, cili api, kunyit dan garam (kalau rajin tumbuk lesung batu lagi sedap)
3. Lumurkan bahan blend tadi dalam mangkuk besar (perap minimum setengah jam). Letak daun kesum sekali tau.
4. Susun aluminium foil . Susun ikan patin dah siap perap tadi.
5. Gulung-gulung sampai cantik.
6. Bakar. Sampai yakin dia masak.
7. Makan dengan nasi panas.
8. Kenyang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nasi Hujan Panas
Assalammualaikum , harini saya kongsikan resepi nasi hujan panas untuk semua . Selamat mencuba ! ...

-
Okay , resepi yang saya nak kongsikan harini ialah ikan keli goreng cili padi . Tapi sebelum masak saya ada beberapa tips berkaitan ika...
-
Hi ! today i would like to share a very special recipe . Hope you guys enjoy ! Bahan2: Sotong 500 gm sotong - dibersihkan & di...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi . Siapa pernah cuba paeh ikan patin ? sekali cuba pasti nak lagi kan? jadi, saya akan kongsikan res...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan