Rabu, 27 September 2017

ketam masak telur masin

Assalammmualaikum , hari ini saya ingin kongsikan menu baru untuk semua. Menu ini jarang -jarang saya masak , tapi sekali cuba pasti nak lagi , selamat mencuba !

Bahan-bahan:
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2 sudu besar mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1 sudu kecil gula
3 sudu besar susu cair
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 sudu besar tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam
Cara-cara:
Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).
Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.
Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.
Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.
Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasi Hujan Panas

Assalammualaikum , harini saya kongsikan resepi nasi hujan panas untuk semua . Selamat mencuba !                                ...