Assalammualaikum semua , malam ini saya kongsikan resepi daripada mak kawan saya iaitu nasi goreng ikan. Selain menggunakan ikan goreng boleh juga menggunakan ikan panggang atau pun boleh ikan goreng yang tidak habis dimakan. Jadi tidaklah membazir bukan ? :)
NASI GORENG (IKAN)
Bahan-bahan :
2 cawan beras* ~ tanak sehingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak
Cara-cara masak :
- Goreng ikan yang telah disapu dengan sedikit garam hingga masak.
- Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin sehingga garing.
- Masukkan bawang yang sudah dimesin tadi, dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
- Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit dengan menggunakan garfu dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
- Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yang dah dilerai2kan.
- Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
- Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
- Angkat dan hidangkan.
- Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
- Untuk rasa yang lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi
tiru resepi org.
BalasPadamdia yang suruh -_-
BalasPadam