Rabu, 11 Oktober 2017

Nasi Hujan Panas

Assalammualaikum , harini saya kongsikan resepi nasi hujan panas untuk semua . Selamat mencuba !





                                   Sumber : youtube  https://www.youtube.com/watch?v=xMc2Ecl7FoA

Bahan - bahan : 4 Cawan Beras Basmati 4 Cawan Air 1/2 Cawan Susu Cair 3 Biji Buah Tomato 1 Batang Serai 2 Helai Daun Pandan 1 Kiub Pati Ayam Garam Pewarna Merah, Kuning dan Hijau 1 Sudu Makan Minyak Sapi 2 Sudu Makan Marjerin Bahan - bahan (tumis) : 3 Kuntum Bunga Cengkih 3 Biji Buah Pelaga 2 Kuntum Bunga Lawang 1 Inci Kulit Kayu Manis 1 Inci Halia 3 Biji Bawang Merah 1 Ulas Bawang Putih

Tips masak nasi hujan panas :

  • Guna beras basmati untuk dapatkan nasi yang cantik dan panjang
  • Gantikan kiub ayam dengan garam sebab lebih baik untuk kesihatan 
  • Pastikan nasi sudah kering sebelum digaulkan dengan pewarna untuk elakkan pewarna merebak dengan banyak

daging kurma

Sumber: youtube ( iCookAsia )

Senarai bahan-bahan :

  • 500g daging kambing
  • 3 sudu rempah kurma
  • 1 biji kentang
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 3 cawan santan
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1/2 biji puah pala
  • 1 biji buah keras
  • 1 biji limau nipis
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa

Resepi yang berkaitan juga boleh dirujuk pada link ini 

Selasa, 3 Oktober 2017

nasi minyak


Hai , ini salah satu contoh video untuk masak nasi minyak. Nasi minyak ini kita boleh makan dengan kari ayam, ayam masak merah dan macam macam lagi ikut selera masing-masing . selamat mencuba!




 Sumber : youtube ( Maggi Malaysia)  https://www.youtube.com/watch?v=33_UohSfFbE

nasi goreng ikan


Assalammualaikum semua , malam ini saya  kongsikan resepi daripada mak kawan saya iaitu nasi goreng ikan. Selain menggunakan ikan goreng boleh juga menggunakan ikan panggang atau pun boleh  ikan goreng yang tidak habis dimakan. Jadi tidaklah membazir bukan ? :)

NASI GORENG (IKAN)

Bahan-bahan :

2 cawan beras* ~ tanak sehingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara-cara masak :

  • Goreng ikan yang telah disapu dengan sedikit garam hingga masak.
  • Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin sehingga garing.
  • Masukkan bawang yang sudah dimesin tadi, dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
  • Pecahkan telur dan pukul sedikit dengan menggunakan garfu dan masukkan ke dalam kuali.
  • Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
  • Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yang dah dilerai2kan.
  • Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
  • Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
  • Angkat dan hidangkan.
  • Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
  • Untuk rasa yang lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi
* cawan rice cooker

Sabtu, 30 September 2017

rendang udang



Resepi khas untuk anda semua . Resepi ini pasti dapat menambat selera , terutama jika dihidangkan pada musim perayaan. Sebab kita  mungkin sudah agak jemu sebab setiap tahun asyik makan rendang daging , ayam je...jadi apa kata kita ubah sikit , gantikan dengan udang :) Tapi kalau teringin nak makan pada hari- hari biasa , apa salahnya kan ?

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang 
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*\
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)

  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.

Jumaat, 29 September 2017

sotong sumbat isi udang dan telur


Hi ! today i would like to share a very special recipe . Hope you guys enjoy ! 

Bahan2:
Sotong

  • 500 gm sotong - dibersihkan & dicelur sebentar.
  • 2 biji telur- diperisakan dengan sedikit garam & lada sulah & dipukul sebati.
  • 1/4 batang lobak merah - dikiub kecil
  • 5 ekor udang - dibuang kulit & cincang halus
  • 1 pokok daun bawang - dipotong kecil
Cara :
  • Panaskan minyak & masukkan udang & kacau hingga udang masak.
  • Masukkan lobak merah & kacau .
  • Tuangkan telur & kacau cepat2 hingga hancur.
  • Tutup api & masukkan daun bawang & kacau sebati.
  • Setelah sejuk, sumbatkan kedalam perut sotong.
Sos
  • 1 ulas bawang putih - diracik halus
  • 1 cm halia - diracik halus
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos cili thai
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Cili merah & hijau- dikiub kecil
  • 1/4 cawan air
Cara memasak :
  • Tumis bawang putih & halia hingga perang.
  • Masukkan sos cili & sos cili thai, kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram & sos ikan, kacau lagi.
  • Tuang sedikit air untuk mencairkan sos tadi.
  • Masukkan sotong & kacau selalu hingga sotong masak.
  • Akhir sekali masukkan cili merah & hijau & tutup api.
  • Lebihan telur hancur tadi sekiranya masih ada, boleh dimasukkan sekali ke dalam sos.

Khamis, 28 September 2017

paeh ikan patin





Assalammualaikum dan selamat pagi . Siapa pernah cuba paeh ikan patin  ? sekali cuba pasti nak lagi kan? jadi, saya akan kongsikan resepinya . selamat mencuba dan semoga berjaya ! 

Bahan-bahan :
1. Ikan Patin (seekor - Potong 2, belah kepala)
2. Tempoyak (6-10 sudu penuh - suka banyak lebihkan)
3. Kunyit hidup (1 inci)/ serbuk kunyit (sesudu teh)
4. Cili api paling pedas (6-8 biji)
5. Daun kesum (segenggam)
6. Garam (secubit sedap)
7. Aluminium foil (sebanyak secukup nak balut semua ikan)

Cara-cara :
1. Cuci ikan patin dengan asam jawa (buang hanyir)
2. Blend tempoyak, cili api, kunyit dan garam (kalau rajin tumbuk lesung batu lagi sedap)
3. Lumurkan bahan blend tadi dalam mangkuk besar (perap minimum setengah jam). Letak daun kesum sekali tau.
4. Susun aluminium foil . Susun ikan patin dah siap perap tadi.
5. Gulung-gulung sampai cantik.

6. Bakar. Sampai yakin dia masak.
7. Makan dengan nasi panas.

8. Kenyang.

Nasi Hujan Panas

Assalammualaikum , harini saya kongsikan resepi nasi hujan panas untuk semua . Selamat mencuba !                                ...