Sabtu, 30 September 2017

rendang udang



Resepi khas untuk anda semua . Resepi ini pasti dapat menambat selera , terutama jika dihidangkan pada musim perayaan. Sebab kita  mungkin sudah agak jemu sebab setiap tahun asyik makan rendang daging , ayam je...jadi apa kata kita ubah sikit , gantikan dengan udang :) Tapi kalau teringin nak makan pada hari- hari biasa , apa salahnya kan ?

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang 
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*\
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)

  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.

Jumaat, 29 September 2017

sotong sumbat isi udang dan telur


Hi ! today i would like to share a very special recipe . Hope you guys enjoy ! 

Bahan2:
Sotong

  • 500 gm sotong - dibersihkan & dicelur sebentar.
  • 2 biji telur- diperisakan dengan sedikit garam & lada sulah & dipukul sebati.
  • 1/4 batang lobak merah - dikiub kecil
  • 5 ekor udang - dibuang kulit & cincang halus
  • 1 pokok daun bawang - dipotong kecil
Cara :
  • Panaskan minyak & masukkan udang & kacau hingga udang masak.
  • Masukkan lobak merah & kacau .
  • Tuangkan telur & kacau cepat2 hingga hancur.
  • Tutup api & masukkan daun bawang & kacau sebati.
  • Setelah sejuk, sumbatkan kedalam perut sotong.
Sos
  • 1 ulas bawang putih - diracik halus
  • 1 cm halia - diracik halus
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos cili thai
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Cili merah & hijau- dikiub kecil
  • 1/4 cawan air
Cara memasak :
  • Tumis bawang putih & halia hingga perang.
  • Masukkan sos cili & sos cili thai, kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram & sos ikan, kacau lagi.
  • Tuang sedikit air untuk mencairkan sos tadi.
  • Masukkan sotong & kacau selalu hingga sotong masak.
  • Akhir sekali masukkan cili merah & hijau & tutup api.
  • Lebihan telur hancur tadi sekiranya masih ada, boleh dimasukkan sekali ke dalam sos.

Khamis, 28 September 2017

paeh ikan patin





Assalammualaikum dan selamat pagi . Siapa pernah cuba paeh ikan patin  ? sekali cuba pasti nak lagi kan? jadi, saya akan kongsikan resepinya . selamat mencuba dan semoga berjaya ! 

Bahan-bahan :
1. Ikan Patin (seekor - Potong 2, belah kepala)
2. Tempoyak (6-10 sudu penuh - suka banyak lebihkan)
3. Kunyit hidup (1 inci)/ serbuk kunyit (sesudu teh)
4. Cili api paling pedas (6-8 biji)
5. Daun kesum (segenggam)
6. Garam (secubit sedap)
7. Aluminium foil (sebanyak secukup nak balut semua ikan)

Cara-cara :
1. Cuci ikan patin dengan asam jawa (buang hanyir)
2. Blend tempoyak, cili api, kunyit dan garam (kalau rajin tumbuk lesung batu lagi sedap)
3. Lumurkan bahan blend tadi dalam mangkuk besar (perap minimum setengah jam). Letak daun kesum sekali tau.
4. Susun aluminium foil . Susun ikan patin dah siap perap tadi.
5. Gulung-gulung sampai cantik.

6. Bakar. Sampai yakin dia masak.
7. Makan dengan nasi panas.

8. Kenyang.

Rabu, 27 September 2017

ketam masak telur masin

Assalammmualaikum , hari ini saya ingin kongsikan menu baru untuk semua. Menu ini jarang -jarang saya masak , tapi sekali cuba pasti nak lagi , selamat mencuba !

Bahan-bahan:
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2 sudu besar mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1 sudu kecil gula
3 sudu besar susu cair
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 sudu besar tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam
Cara-cara:
Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).
Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.
Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.
Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.
Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.

Selasa, 26 September 2017

udang masak lomak ala noghori


    • Selamat pagi ! kalau masih ada yang terfikir-fikir lagi menu apa yang nak masak untuk tengahari nanti inilah salah satu penyelesaiannya XD . selamat mencuba semua .
    • Bahan-bahan:
      - 500g udang
      - 10 cili padi ( tambah lagi kalau suka pedas )
      - 2 inci kunyit hidup
      - 1 cawan santan pekat
      - 1 batang serai
      - Garam
      - Air
      - Minyak masak
      - Daun kunyit (dihiris)

      Cara-cara:
      1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
      2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup.
      3. Masukkan santan dan serai, dan kacau sentiasa.
      4. Tambah air jika perlu.
      5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
      6. Masukkan garam dan kacau.
      7. Tabur dengan hirisan daun kunyit dan hidang.


Isnin, 25 September 2017

ikan pari masak asam pedas


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua . kali ini saya kongsikan resipi mudah untuk semua penggemar asam pedas especially (hafizah) kawan saya hehehe . Resipi ini mudah dan ringkas ,pastinya semua dapat mencuba . Goodluck !

Bahan-Bahan

  • 500 gram ikan pari
  • 5 tangkai daun kesum
  • 10 batang bendi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 biji tomato - potong sesuai anda suka
  • garam secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
Bahan Kisar Halus
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Penyediaan

1. potong ikan pari mengikut siaz sederhana kemudian bersihkan dan perap menggunakan air limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan.

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar halus hingga harum, masukan air asam jawa bersama air dan renehkan hingga menggelegak.

3. lepas tu masukan ikan bersama bendi, daun kesum, dan garam. biarkan hingga mendidih. dengan menggunakan api perlahan masukan tomato dan masak hingga sayur lembut atau pecah minyak.

4. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas...


Ahad, 24 September 2017

serunding daging



Bahan-Bahan:
  • 1kg daging | direbus hingga empuk dan disiat
  • 1 liter santan
  • 20 biji cili kering | dikisar
  • 2 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 cm lengkuas | dikisar
  • 2.5 cm halia | dikisar
  • 5 batang serai | dikisar
  • 100gm serbuk ketumbar
  • 100gm serbuk jintan manis
  • Jus asam jawa secukupnya
  • 50gm kerisik
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat : 
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
4.  Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Contoh video boleh dilihat melalui pautan ini : https://www.youtube.com/watch?v=hfGeBwgS41g
Sumber : youtube ( iCookAsia )

Sabtu, 23 September 2017

kari ayam tradisi melayu

Bahan-Bahan A ( Dikisar Halus )

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci halia

Bahan Lain-Lain

  • 1 Ekor Ayam ( Buang kulit / Potong 14 bahagian )
  • 1 Biji Kelapa Parut
  • 3 biji kentang ( dibuang kulit )
  • Serbuk Kari Baba’s ( Dilarut dengan sedikit air )
  • Rempah tumis
    • Buah Pelaga
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang
    • Bunga Cengkih
  • Daun Kari
  • Tomato ( Dipotong 4 )
  • Asam Gelugor
  • Minyak Masak
  • Garam

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan kekuningan bersama rempah tumis.
  2. Bila dah kekuningan tu, masukkan rempah kari yang dah dilarut dengan sedikit air. Masukkan jugak daun kari. Masak hingga pecah minyak dan garing.
  3. Selepas kari yang di masak dah pecah minyak, boleh masukkan kentang dan ayam, sekatakan dan biarkan 5 minit.
  4. Selepas 5 minit, masukkan santan, asam gelugor dan biarkan sekali lagi pecah minyak, dan mendidih.
  5. Setelah masak, tutupkan api, dan terus masukkan tomato yang dibahagi kepada beberapa bahagian. Biarkan 3 minit. terus hidang bersama nasi panas.


Dan inilah hasilya ... selamat mencuba !~

Jumaat, 22 September 2017

daging masak hitam




Bahan-Bahan:

600-800g daging, anggaran (dipotong nipis)
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit gula
Sedikit garam jika perlu
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan untuk perapan daging:
6-7 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan untuk dikisar halus:
(*semua bahan-bahan yg ini perlu di goreng dahulu tanpa myk hingga layu sebelum dikisar)
Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing2)
12-15 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Penyediaan:

 1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30minit dengan bahan perapan daging.
2 .Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak
4. kemudian masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
5. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
6. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakannya dengan sedikit gula. Garam boleh ditambah jika perlu.

Khamis, 21 September 2017

ikan keli goreng cili padi



Okay , resepi yang saya nak kongsikan harini ialah ikan keli goreng cili padi .  Tapi sebelum masak saya ada beberapa tips berkaitan ikan keli yang nak saya kongsikan. selamat mencuba dan semoga membantu :)

Tips Membersihkan Ikan Keli

-Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.

-Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.

-Setelah dibasuh kotoranya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.

-Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.

Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan 'meletup' semasa menggoreng.



Bahan-Bahan :

  • 5 Ekor ikan keli sederhana besar.
  • 4 Ulas bawang putih-ditumbuk.
  • 2 Biji bawang besar-ditumbuk.
  • 5 Biji cili merah-ditumbuk.
  • 5 Biji cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.

Cara memasaknya :

1. Gaulkan ikan dengan garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.

2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Mudah ajakan nak masak resepi ikan keli goreng cili padi sedap ni. Jika ada masa masak sendiri lagi baik sebab kita tahu kualiti masakan kita. Jika tak ada masa, maka kena beli dikedailah jawapnya.

Bagi yang nak cuba resepi ikan keli goreng berlada sedap ini boleh cuba. Kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang ada mengidam nak masak sendiri ikan keli goreng cili padi ni. 

Rabu, 20 September 2017

sup ayam ala melayu 😘


Bahan-bahan :😍
  • 1 ekor ayam, jangan dipotong
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 2″ halia
  • 2 lobak merah
  • 3 kentang
  • 2 batang saderi
  • 1 batang serai
  • 1 batang kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 5 biji lada putih
  • ½ jambak daun sup
  • ½ jambak daun bawang
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 liter stok ayam
  • 1 liter air
  • garam dan lada secukup rasa
Cara-cara masak :
  1. Pertama, hancurkan bawang putih, halia dan bawang kecil menggunakan alu dan batu lesung sehingga konsistensi sederhana. Jangan hancur sehingga terlalu halus.
  2. Seterusnya, gunakan alu atau bahagian rata pisau besar untuk hancurkan serai pada papan pemotong.
  3. Kopek saderi dan kisar menggunakan mesin blender sehingga halus.
  4. Potong lobak merah kedalam tiga bahagian. Kemudian, potong separuh lagi untuk mendapatkan kepingan lobak merah yang tebal dan panjang.
  5. Belah kentang kepada dua bahagian.
  6. Potong bawang besar kepada 8 bahagian
  7. Hiris daun sup dan daun bawang. Guna separuh untuk memasak dan separuh sebagai hiasan.
  8. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, serai, bunga lawang, saderi dan campuran bawang putih, halia dan bawang merah. Goreng sehingga wangi.
  9. Masukkan keseluruhan ayam dan masak sehingga permukaan ayam berwarna perang. Pusing dan terbalikkan ayam mengikut keperluan. Jangan tutupkan periuk.
  10. Apabila permukaan ayam sudah berwarna perang, tambah stok ayam dan air. Masukkan sup bunjut, lobak merah dan kentang dan masak hingga mendidih.
  11. Setelah ayam sudah dimasak (dengan suhu dalaman 66°C hingga 73°C), keluarkan ayam dari periuk. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang besar. Masak hingga mendidih dan sup menjadi pekat.
  12. Tambah garam dan lada secukup rasa.
  13. Potong ayam dan masukkan kembali kedalam sup.
  14. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang

Selasa, 19 September 2017

singgang ikan


Di sini saya ingin berkongsi resepi mudah dan lazat yang pastinya mampu di cuba oleh sesiapa sahaja. Selamat mencuba semua :)

Bahan-Bahan

  • 5 potong ikan tongkol
  • 7 biji cili api - belah 2
  • 3 biji bawang putih - hiris nipis
  • 3 biji bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 3 keping asam keping
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis
  • air secukupnya
  • garam secukupnya
Cara penyediaan

1. panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.

2. kemudian masukan asam keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.

3. tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur. 

4. tambah garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.

Isnin, 18 September 2017

chicken chop


Bahan-bahan ayam :
1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 potong tomato
20 gram tepung
20 gram kentang - digoreng
Sedikit lada sulah

Penyediaan ayam :
1. Salut ayam dengan bancuhan tepung dan telur.
2. Gril di atas kuali leper antara 10 ke 15 minit.
3. Ketepikan.

3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan bersama ayam, kentang goreng, coleslow dan sepotong tomato.
Bahan-bahan sos black pepper :
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara Penyediaan sos black pepper :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.

home made ayam percik!



Ayam percik ni, kalau sekali pandang pun mesti terliur bukan ? lagi-lagi pada bulan puasa .
Tapi memandangkan zaman sekarang ini semua benda mahal , kita kenalah bijak dalam bajet perbelanjaan bukan ? jadi , apa kata kita cuba sendiri masak ayam percik kalau ada masa lapang .

Masa memasak : lebih kurang 1 jam
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong 4
Bahan untuk kisar halus (perapan):
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia
Bahan untuk kuah percik:
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 batang serai
  • 2 cm halia
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 8-10 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit asam jawa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:
  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Cara- cara untuk kuah:
  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  2. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

ayam masak kicap

ayam masak kicap



Assalammualaikum semua , harini ini saya ingin berkongsi satu resepi ringkas tapi sangat menyelerakan :')

Antara bahan yang perlu kita  ada atau beli sebelum masuk dapur :

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • 5 tangkai cili padi (dipotong 2)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Potong ayam saiznya ikut suka hati ( sederhana )
  2. Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.
  3. Tumbuk kasar bahan bertanda *
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak . Tumis bahan yang telah tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
  6. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biarkan 5 minit. Siap untuk dimakan.

Nasi Hujan Panas

Assalammualaikum , harini saya kongsikan resepi nasi hujan panas untuk semua . Selamat mencuba !                                ...